Saya dapati artikel bertajuk “Kebebasan berita dan
informasi siber: suatu paradoks” yang di tulis oleh Dr Rahmat Ghazali, amat
menarik untuk diperketengahkan. Pada pendapat saya ia bukanlah suatu paradoks
sebagaimana yang dinyatakan oleh penulis tersebut.
Memang tidak dinafikan bahawa pengguna siber terikat
dengan Akta Hasutan 1969, Akta Rasmi 1972 dan Akta Fitnah 1957, tetapi ia tidak
bermakna pengguna siber tidak bebas menyatakan pendapatnya terhadap sesuatu isu
dan sebagainya. Setiap kebebasan yang diberikan perlulah ada hadnya supaya
tidak menimbulkan huru-hara.
Di khuatiri pengguna siber akan menggunakan kebebasan
yang ada untuk meyebarkan fitnah yang boleh menjatuhkan air muka sesetengah
pihak. Jadi tidak bermakna dengan kewujudan akta-akta tersebut, pengguna siber
boleh merungut bahawa tiada kebebasan bersuara.
Contohnya di dalam negara kita, ya kita adalah negara bebas
tetapi masih ada undang-undang yang perlu dipatuhi supaya tidak menimbulkan
huru-hara. Begitu juga di alam siber, tidak semestinya kita bebas menyatakan
apa sahaja yang kita ingin tanpa memikirkan kesan-kesannya.
No comments:
Post a Comment